Total Pageviews

Tuesday, October 5, 2010

Waspada Dengan Penipuan Produk Avail Beauty

From the iMac of Aidid Mu'addib:
Permasalahan yang ingin saya bincangkan di sini adalah isu pengguna, iaitu tentang satu syarikat yang menjual produk cikai sungguh - is that right? Saban hari kita apat lihat satu syarikat MLM yang menjual tuala (pad) wanita yang terlalu melampau dalam mempromosi produk mereka. Mereka ingin kita, pengguna di Malaysia membeli produk mereka. Mereka juga ingin orang lain menyertai sistem perniagaan secara multi-level marketing mereka. Saya ingin berbicara dengan anda, pengguna yang bijak, tentang syarikat MLM Avail Beauty Sdn. Bhd.



Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan syarikat Avail Beauty Sdn. Bhd. ini terhadap pengguna di Malaysia? Adakah anda pernah menerima atau membaca tentang promosi produk hebat Avail... FC Bio Sanitary Pad! Produk yang menjanjikan ntah apekebendanya yang merepek2 dan tidak masuk akal. Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang sains pula, khasnya dalam bidang perubatan, akan terus memikirkan bahawa ianya penipuan terang-terangan kepada pengguna di Malaysia ini. Tapi inilah cara syarikat Avail Beauty cari makan, dengan rangkaian multi-level marketing yang telah berkembang lebih daripada 5 tahun. Menipu pengguna dengan janji manis berdasarkan "pseudoscience" (iaitu yang saya istilahkan sebagai "sains bomoh siam"), dan menakutkan pengguna sekaligus dengan amaran palsu mereka yang direka-reka sewenang-wenangnya. Memandangkan pihak berkuasa tidak pernah masuk campur tentang perlakuan syarikat ini... saya rasa ianya tidak boleh dibiarkan berterusan dan biarlah saya pulak yang masuk campur... demi menjaga kebajikan pengguna di Malaysia daripada terus di kelentong oleh pengeluar dan penjual produk sebegini. Sampai bila pengguna di Malaysia akan dikelentong berterusan?
Saya akan cuba untuk menerangkan situasi ini kepada anda semua dengan seringkas yang mungkin, tanpa meninggalkan apa-apa fakta sains yang penting. Jika perlu rujukan saya akan letakkan link rujukan kajian di bawah artikel ini, tetapi saya rasa semua orang boleh cari maklumat yang saya berikan berpandukan topik yang akan saya utarakan. Kebolehan anda untuk jumpa "uncle google" sama sahaja dengan kebolehan saya. Tak ada apa yang susah.
Tak perlu saya kupas semula setiap fakta yang sedia ada yang disediakan oleh pihak Avail Beauty, dan jurujual-jurujual yang mempromosi produk mereka di internet, termasuk di facebook. Anda semua boleh lihat dan selidik sendiri di website/FB group mereka. 
Berikut adalah contoh berbagai link yang boleh anda selidiki:



Di bawah ini adalah website promosi Avail Beauty Sdn. Bhd. yang membincangkan isu pencemaran dioxin dan kaitan penyakit ginekologi (penyakit sakit puan) yang rata-rata adalah putar-alam dan tiada berasaskan dengan sains perubatan langsung. Ianya adalah cubaan untuk menakutkan pengguna dengan statement penuh sensasi, tetapi kebanyakannya tersasar dan tidak benar... dan yang lebih penting lagi, tidak logik.


Di atas adalah contoh pertama kenyataan (senang cerita, cakap aje penipuan) yang tidak boleh di terima oleh akal yang analatikal, dan yang waras. Kanser serviks atau kanser pintu rahim adalah sejenis kanser yang tiada kaitan sama sekali dengan penggunaan tuala wanita. Biar pun tuala wanita daripada kotex, stayfree, libresse dan apa jenama sekali pun... atau pun ianya pula boleh dihindari dengan pemakaian pad berasaskan kapas seperti Avail FC Biosanitary pad. IT IS JUST PLAIN RIDICULOUS AND STUPID! Kanser serviks adalah satu kanser disebabkan oleh jangkitan kronik Human Papilloma Virus dan tidak lain daripada itu. Kalau tak mahu kena kanser serviks, jangan buat seks. Itu saja. Tapi yang lebih praktikal, jangan buat seks rambang dan jangan buat dengan banyak pasangan... baik yang lelaki atau yang wanita. HPV berjangkit melalui hubungan seks.
Penipuan seterusnya... mengikut kenyataan tentang bagaimana dioksin masuk ke dalam rahim, ini sains apa jenis ni? Bagaimana gas toksik boleh terhasil daripada darah haid wanita? Mana ada gas toksik? Lepas tu kalau ada pun gas toksik... bagaimana pula dia boleh menyebabkan jangkitan. Jangkitan itu isu lain... dan jangkitan memerlukan virus, bakteria, fungus atau parasit. Toksik apekebendanya? Inilah masalah kenyataan yang dibuat-buat untuk menakutkan pengguna, tapi sebenarnya ajaran songsang yang dikeluarkan untuk tujuan menipu orang-ramai. 
Penipuan isu dioxin (bukan DIOKSIN!) pula. Ada ke gas dioxin boleh terlepas daripada proses pemeluapan daripada pad wanita yang ada darah tu? Biar betul? "Ini berbeza sama sekali dengan bio sanitary pads yang mana mempunyai formulasi khas.... bla bla bla". Dah sasau ke apa? Apa kaitan nya ni? Mana ada la pulak gas dioxin boleh masuk rahim, pegi fallopian tube dan masuk ovari? (Kita akan bincang isu dioxin dengan lebih lanjut selepas ini).
Dan lagi... website promosi Avail ini ada meletakkan keratan muka-depan Utusan Pengguna bertarikh Julai 2002... 2002? Ini zaman tok kadok ni, macam-macam sudah berlaku dalam masa 8 tahun. Tapi, tak apa... saya terima. Apa sebenarnya kata Utusan Pengguna dalam keratan itu? Penulis mengatakan bahawa terdapat bahaya toksin dalam pad pakai-buang dan gambar di kanan menyarankan pemakaian pad kain kapas alternatif pakai-semula. Pad pakai-semula la beb! Avail FC Biosanitary Pad adalah pad pakai-buang!!! Apa hal nya neh? Promosi tak kena gaya betul.
Kalau betul nak promosi produk mesra-alam, barulah gunakan keratan majalah pengguna tu. Maksud saya, promosi la pad kain kapas pakai semula, macam yang isteri saya pakai. Beratus ringgit dia order online, beratus ringgit duit saya terbang, penuh satu laci dekat dalam bilik tidur saya dengan berpuluh pad pakai-semula. Saya diamkan aje... isteri saya jenis orangnya begitu. Masa earth-hour tahun ni, satu malam kami tak berlampu dan tak tengok Disney channel. Kalau betul nak promosi kain kapas, buat jugak macam isteri saya yang beli satu diapers pakai-semula dengan harga RM70 satu! Nasib baik dia jumpa kedai online lain yang ada diapers sebegitu, dengan harganya dalam RM30 satu. Made in China aje, tapi kalau dah 40 pasang di belinya, mahu tak kena jeling maut dengan saya. Tapi saya faham kemahuannya, dan saya akur, dan takde pulak nak jadi isu perbalahan. Dia buat benda baik. Ooops! Ini dah ke lain nampaknya ni. 
Konklusi setakat ini... Inilah antara promosi produk yang paling TIDAK SAINTIFIK saya pernah jumpa. Tujuan Avail Beauty adalah untuk mengeluarkan kenyataan sensasi untuk mempengaruhi pengguna supaya mereka takut kepada sesuatu yang tidak wujud.
Di bawah ini adalah website promosi Avail Beauty Sdn. Bhd. yang membincangkan isu dioxin pula.


Dioxin? Meh saya cerita sini pasal dioxin. Ya... dioxin itu beracun dan ianya sangat merbahaya kepada kesihatan manusia. Dioxin dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit-penyakit kanser kerana ianya "carcinogenic" dan ianya juga "teratogenic"... bermakna ia boleh menyebabkan kecacatan janin. Ianya juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit-penyakit seperti diabetes, endometriosis, kerosakan tiroid dan banyak lagi. Dioxin itu adalah sejenis "enviromental pollutant" (pencemaran alam-sekitar). Punca dioxin dalam kehidupan manusia di zaman moden ini adalah kerana kemajuan industri kita sendiri. Dahulu, ianya hanya datang daripada kebakaran hutan, tetapi kini daripada kilang-kilang dan pembakaran bahan buangan kita sendiri.


Statement Avail Beauty: "Kertas buangan, agen peluntur yang berkarsinogen, agen fluorsen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang terdapat secara meluas di pasaran. Kertas buangan seperti kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak, pulpa kayu yang terdedah dengan bakteria dan kuman berbahaya akan menjalani proses penyingkiran dan pelunturan klorin untuk menjadikannya ia lembut, putih dan bebas penyakit. Tetapi proses ini juga menyebabkan terhasilnya Dioksin.... blabladabladabla." 
Kalau pelunturan itu menjadikan pulpa dan kertas itu lembut, putih dan bebas penyakit.... wait! bebas penyakit? Kalau dah bebas penyakit... kenapa jadi isu pulak ni? Haiya!
Ya saya akui, daripada kajian dan rujukan saya, pemprosesan kertas yang dijadikan kepada produk untuk kegunaan pad dan lampin pakai-buang, jika ianya melibatkan penggunaan klorin dalam keadaan suhu yang tinggi, ianya boleh menghasilkan kompaun dioxin. Lagi tinggi suhu, lagi banyak dioxin keluar. Tapi adakah pad feminin dan lampin pakai-buang di pasaran sekarang ada isu ini. Ini cerita lama ni... perkara yang sudah kecoh pada hujung 80-an, awal 90-an. Penggunaan pelunturan klorin dalam pengilangan kertas adalah sejarah lama, yang mana ianya membawa kepada kesedaran USEPA (United States Environmental Protection Agency) dan pengilang-pengilang terbesar untuk bertukar kepada kaedah pemprosesan bahan yang tidak menggunakan klorin. 
Bila saya berhubung dengan pihak syarikat Kotex, feedback daripada Kotex memberitahu bahawa mereka menggunakan kaedah ELEMENTAL CHLORINE FREE (ECF) sejak awal tahun 90-an lagi, dan penilaian oleh makmal berkecuali di Amerika sejak tahun 1995, mendapati bahawa mereka tidak menjumpai apa-apa kompaun toksik dioxin dalam tampon dan pad feminin keluaran syarikat tersebut. Kejituan ujian adalah 0.5 part per trillion... bayangkan 1 sudu air dalam satu tasik yang 5 meter dalam dan dengan keluasan 2.5 km persegi.... satu kajian yang sangat jitu! Tiada keraguan di sini.
Ada satu lagi yang menjadikan penipuan syarikat Avail Beauty yang tidak masuk akal. Jika pad feminin konvensional di pasaran ada dioxin sekali pun, adakah ianya sangat merbahaya kepada kesihatan manusia? Kenapa saya keluarkan soalan ini? Sebab, tiada orang dalam dunia ini yang ada hasrat nak makan pad dan tampon... kok dah sasau ke apa? Kontaminasi tubuh-badan manusia itu datang daripada pemakanan dan pencemaran binatang ternakan, dan bukan daripada baju dan pakaian kita atau pun kerana pakai pad feminin... kalau tampon itu lainlah. Tapi seperti yang dinyatakan di atas, tampon terkini pun sudah tiada lagi isu pencemaran dioxin. Pencemaran dioxin pada manusia berpunca daripada makanan yang kita makan. Adakah anda tahu perkara tersebut sebelum ini?


Seperti yang anda semua dapat lihat di atas, isu kontaminasi dioxin ini bukan perkara baru. Sudah banyak penyelidikan dilakukan daripada tahun 60-an lagi. Anda pernah dengar isu "agent orange"? Semasa perang Vietnam, Amerika Syarikat mengebom dan menyembur negara Vietnam dengan agent orange yang mengandungi kompaun dioxin (TCCD), sehinggakan ada kajian di Vietnam menunjukkan kontaminasi tanah yang teruk sehingga 1,000,000 part per trillion di sesetengah kawasan negara mereka, termasuklah kontaminasi pada makanan dan binatang ternakan, 40 tahun kemudian! Bayangkan! (Sapa-sapa pompuan yang baca ni yang ada minat kat balak Vietnam yang kerja kilang kat Malaysia sekarang ni... lupakan hasrat anda itu ya? Cuma kalau dah jodoh apa boleh buat kan?). Tapi jangan fikir Amerika itu lepas daripada bahana pencemaran ini. Didapati pesara askar (veterans) yang berjuang di Vietnam kini banyak yang mengalami penyakit diabetes dan kadar penyakit kanser juga lebih tinggi. Itulah, kita ni manusia, jangan ingat kalau kita buat jahat, balasan kejahatan kita itu tidak akan menghantui kita pula di kemudian hari.
Berbalik kepada gambarajah di atas, di manakah kontaminasi dioxin ni yang datang daripada penggunaan pad feminin? Tiada dalam rajah.... kenapa? Sebab tak ada orang yang psycho nak makan pad tu bang, kak... Jadi, promosi Pad FC biosanitary Avail ni cerita pasal benda yang tak wujud, untuk memesongkan kefahaman pengguna supaya membeli pad buatan kapas mereka. Apa kes? Satu lagi fakta perubatan... jika terdapat sekali pun dioxin dalam pad feminin konvensional seperti yang dikelentong oleh pihak Avail, apakah yang akan berlaku kepada wanita yang memakainya? Not much! Kecuali kulit tu jadi merah kerana "skin irritation" daripada dioxin. Ada ke perempuan pernah dapat kes sebegini di luar sana? Ada kak? Saya tak boleh jawab, saya tak pernah pakai pad. Saya jugak tak pernah kena buasir.
OK... sudah habis ke isu dioxin? Saya harap anda sudah berpuas-hati bahawa memang dioxin itu merbahaya dan memang ianya boleh meningkatkan risiko penyakit, tetapi bukanlah daripada penggunaan pad feminin.... apa brand sekalipun. Walaupun pad wanita cap ayam.  Cerita psycho mamat dan minah Avail beauty ni pun satu... kalau pad feminin tu merbahaya, bagaimana pulak lampin pakai-buang yang saiznya lebih besar dan lebih banyak digunakan untuk anak-anak manusia se-antero dunia ni? Ada logik ka? Korang tak sayangkan anak ke apa? Si penjual promosi pada orang-ramai pad berherba Avail, si pelanggan pakai sendiri pad berherba Avail, tapi biarkan anak sendiri kena kontaminasi dioxin daripada diapers pakai-buang? Diapers daripada Pampers, Pet Pet, Mamy Poko, Drypers... itu semua berasaskan kapas ke? Mana produk diapers yang dibuat daripada kapas? Mana produk diapers berherba yang diperbuat dari kapas daripada syarikat Avail pulak? Ada tak? Janganlah promosi separuh jalan abang Avail.
Dan ada lagi satu fakta yang anda perlu tahu, yang saya tak sebut setakat ini. Isu kapas ini juga adalah modal syarikat Avail untuk jual Pad berherba ni. Pad mereka dibuat daripada kapas sepenuhnya dan bukan dari kertas atau pulpa kayu yang dilunturkan dengan kompaun klorin sehingga ianya lembut. Dia orang ni buat kerja memang macam separuh jalan betul. Tak abis buat ijazah ke apa? Adakah mereka tahu bahawa salah satu punca dioxin adalah daripada penggunaan herbicide (racun rumpai), itu sebab lembu tu banyak menyimpan dioxin dalam badan dia. Lembu banyak makan rumpai. Tahukah anda bahawa lebih kurang 30% daripada semua jumlah produk "herbicide" yang mengandungi dioxin yang digunakan di dunia ini, digunakan dalam penyemburan tanaman pokok kapas? Kalau pokok kapas rata-rata ada dioxin, apa hal promosi produk yang diperbuat daripada kapas? Produk pad berherba "made in China" ni dapat sumber kapas daripada mana? Kalau nak cakap kapas yang tiada dioxin, mesti cakap kapas organik, kapas yang "specially grown" dan sangat mahal berbanding kapas yang pakai herbicide konvensional. Ha! Kan konsep promosi "pad dibuat daripada kapas" dah makan tuan tu. Avail ni degil betul! Kalau panggil saya buat marketing dia orang, kan bagus? Saya boleh design marketing strategy yang canggih punya. Penuh informasi sains yang benar dan tidak boleh disanggah. Kan boleh laris produk gitu? (tapi hatiku berkata.... tak mo deeeh! Gaji 20K sebulan pun aku tak sanggup nak join Avail... eeuuurrrgghhh!).
Tapi tak apalah, jangan gusar... itu semua tak bermakna apa-apa pun, kerana ianya semua kelentong di siang hari, angkara manusia yang tak lulus subjek sains masa PMR lagi, usahkan lulus subjek sains masa SPM. Salespeople Avail Beauty tegar yang hafal skrip promosi daripada karangan marketing officer syarikat Avail tu (yang sepatutnya disembelih awal-awal lagi), tak terfikir la pulak diri sendiri tu dah dikelentong dan tanpa segan-silu saban hari memperlanjutkan pengelentongan tersebut kepada pengguna yang bayar harga pad yang 4 kali ganda lebih mahal daripada pad Kotex dan Libresse. Itulah usahawan pad wanita Avail!

Sila lihat topik seterusnya di bawah. Pehal semua website dan salespeople Avail asyik cakap pad berherba Avail "diinsurankan sebanyak 3 juta"? Merata-rata statement ni keluar. Kenapa? Ada kemungkinan pad berherba Avail ni boleh mendatangkan problem ke? Pad Kotex, Libresse, Stayfree dll takde insuran apa-apa pun? Nape neh? Takpe, nanti kita diskus kemudian. Cuba anda semua lihat dahulu promosi kebaikan pad berherba Avail yang diwar-warkan dan dicanang ke merata pelusuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia... (nasib baik kat nusantara sahaja. Kalau ke Eropah dan ke Amerika, dah kena belasah teruk dah ni. Sure dah kena saman oleh "consumer advocates"). Promosi daripada syarikat di atas, dan promosi di website (blog) di bawah:
Nanti kalau saya mencarut karang susah jugak... dan lagi pulak, saya tak pandai sangat mencarut ni. Saya ada anak kecik berderet. Mulut kena jaga. Dalam kajian saya terhadap produk ini, saya ada tunjukkan kepada beberapa orang doktor serta pakar obstetrik dan ginekologi tentang promosi produk pad berherba Avail, dan setiap doktor tersebut (tiada yang berkecuali) terbahak-bahak ketawa bila membaca senarai di atas. Sains bomoh siam betul!
Cuba anda yang waras di luar sana fikirkan, kalau seorang wanita memakai pad berherba Avail, bagaimanakah ianya boleh membetulkan kitaran haid? Boleh menyembuhkan buasir? Buang angin... gastrik? HOW? Memang orang yang tahu sedikit sebanyak subjek sains akan ketawa dalam 5 hingga 10 minit, tapi percayalah... ada wanita percaya benda-benda sebegini. Khasnya jika diayat oleh salesmen Avail yang licik, cekap memujuk, ensem... tapi ilmu sains dalam kepala - zero. Fikirkan... pakai pad kat celah kangkang, bolehkah ianya melancarkan peredaran darah? Menyembuhkan sembelit? Biar botol ko jang? Ini sudah tahun 2010, masih adakah manusia yang berfikiran masih di zaman batu? OK... at least, zaman raja-raja Melaka.
Orait.. kalau ada pelanggan yang percaya promosi sebegini, suka hatilah kak. Apa yang saya boleh buat pun? Tapi saya tidak tujukan perbincangan saya ini kepada pelanggan Avail yang sedia nak bayar RM11.00 untuk sekotak pad 10 keping, sedangkan Libresse hanya RM2.95 untuk 10's. Saya tujukan ini kepada syarikat Avail. Di manakah kajian tentang  FC Biosanitary Pad dan kesan-kesan kebaikannya (seperti yang disenaraikan di atas) dilakukan? Pusat kesihatan mana? Hospital atau universiti mana? Berapa julat masa ianya dilakukan? Berapa jumlah sampel dalam kajian tersebut? Dan apakah jenis kajiannya... sama ada "double-blind studies", "cohort studies", "case-control studies" "longitudinal studies" atau apa saja jenis kajian statistik yang dilakukan. Jangan main cakap sahaja tanpa back-up, nanti free-free kena saman. Syarikat Avail Beauty nasib baik bertapak di Malaysia, kalau di Amerika, memang dah kena saman dengan "class-action suit" dah ni. Dah sure bayar saman ratusan juta.
Anda lihat gambar di atas tadi. Head of Avail Product Research & Development Department - Syntyche Seow. Pemegang ijazah Bachelor of Biomedicine (hons) dan diploma in Medical Science Lab Technology. HEAD OF RESEARCH! Saya punya ijazah pun lebih tinggi daripada HEAD of Research syarikat ni. Mana pemegang Masters, mana PhD nya? Mana research team nya? Apa yang Miss Seow boleh research kan? Research macamana nak buat bungkusan yang lagi cantik untuk pad feminin "made in China" ni ke? Bunga hiasan kat paket pembungkus tu nak letak kat atas belah kanan... gitu? Mana doktor perubatan yang bagi advice pada syarikat ni (dalam 3 atau 4 orang ke, termasuk sorang-dua pakar sakit puan). Apa research yang Miss Seow boleh buat? Kalau dia buat "double-blind study" tentang pad ni pun, dia langsung tak berkelayakan untuk interpret data hasil kajian pun. Semua ciri-ciri yang disenaraikan di atas perlu research, dan tiada sesiapa yang berlayakan untuk buat research dalam syarikat ni. Maksudnya... promosi iklan pad ni main belasah aje. Main cakap aje ianya boleh melancarkan darah dan mengecutkan fibroid. Tak berilmiah langsung!
Saya bagi contoh. Produk X di dapati dapat menyembuhkan masalah keputihan pada perempuan (vaginal candidiasis). Syarikat Avail berhasrat untuk memasarkannya kepada pengguna. Boleh dapat berkat buat benda yang baik. Tapi macamana nak buktikan keberkesannya supaya ianya boleh dipasarkan? Kajian terhadap Produk X dilakukan di HUKM selama 4 tahun, dengan kaedah "double blind" atau "case-controlled" study terhadap hampir 10,000 orang, yang dibahagikan kepada 2 kumpulan, separuh kumpulan ujian dan separuh lagi placebo. Kajian ini di awasi oleh 6 orang doktor sakit puan, yang diketuai oleh Professor Mamat B. Dol... dan hasilnya adalah blablablabladabdalablabla.... Dan ianya terbukti berkesan! Lepas tu syarikat Avail pun bertempik-sorak bahawa produk X adalah satu produk hebat yang mujarab untuk merawat penyakit candidiasis. Lepas tu lagi... saya sendiri pun tak akan berani nak bongkar muslihat syarikat Avail, sebab sudah memang ada pembuktian keberkesanannya produk tersebut!
Itu juga sebabnya sampai saya cuba mengkaji adakah terdapat peningkatan atau penurunan kes-kes kanser di dalam populasi di Malaysia ini, dan adakah terdapat kajian tentang pad Avail atau jenama lain (yang ada herba) dilakukan di mana-mana universiti di seluruh Malaysia. HUKM, HUSM, PPUM, HKL... ZERO! Usahkan di Malaysia, bila saya google, di seluruh dunia pun tarak. No research done! Tiada research yang mengatakan bahawa terdapat kebaikan memakai pad berherba Avail... semua yang Avail beritahu dan gembar-gemburkan adalah rekaan marketing officer syarikat Avail semata-mata. Marketing officer yang buat "major" biologi separuh jalan.
Itulah sebenarnya isu saya. "Pseudoscience" atau sains bomoh siam (marah orang siam... ok bomoh orang melayu, ok?) yang diamalkan untuk buat perniagaan, ianya pasti menggeletek otak sains saya. Sudahlah promosi merepek sungguh, tapi penipuan inilah yang dilakukan saban hari oleh salespeople Avail baik di facebook, internet dan blog.... mahu pun di luar sana di alam nyata. Khasiat yang diperkatakan di atas adalah sesuatu yang tidak masuk akal kepada sesiapa yang ada sedikit kefahaman sains dalam otaknya. Macamana pad berherba itu boleh menyembuh atau menghindari penyakit? Wapnya naik ke dalam vagina ke? Vagina itu suatu tiub yang tertutup (kecuali apabila seorang mamat melawat si minah untuk bertanya khabar.... waras kak?). Itu sebab perempuan tak ada masalah berenang di kolam renang awam. Itu sebab bakteria susah masuk menaik ke atas dan menjangkiti rahim wanita. Ianya kerana tiada apa pun boleh masuk ikut vagina seorang perempuan tanpa paksaan, inikan pulak wap herba daripada pad Avail. Kalau pad berherba yang ada gel tersebut bertugas sebagai penyerap darah kotor haid itu, adakah logik wap atau herba dalam pad itu boleh meresap masuk dalam badan wanita? Ikut mana? Ikut kulit? Ikut celah rambut yang (mungkin) lebat tu? Kalau ya boleh, maknanya darah kotor dan lendir-lendir daripada proses haid itu juga boleh meresap sekali kan? Perlahan-lahan masuk semula ke dalam badan wanita tu.... eeeuuuwww! Adakah magic berlaku di sini? Atau pun, adakah terdapat arahan rahsia untuk membancuh gel berherba itu dalam air teh tarik atau kasi rendam dalam kopi Alicafe? Kasi minum puas-puas. Come on.... what? How? Where's the study? Who's the smart-alec that concocted this method of marketing? Apa jenis produk sebegini cikai? Itu baru sikit, anda lihat dibawah ini pula...
     
ARE YOU BLOODY SERIOUS? Pelanggan-pelanggan yang tak lulus sangat SPM yang percayakan salesmen Avail tu dan beli produk ni... itu saya tak boleh nak komen. Suka hati kakak la kalau nak beli. Tapi mereka-mereka yang mempromosikan pad berherba bau tengik kapor barus ni pun satu hal. Tak kan la taksub sangat dengan marketing Avail Beauty sampai sanggup keluar statement merapu yang 1st class macam di atas. It's mind-boggling!
Tampal pad yang direnjis air letak perut anak kecil yang ada kembung perut? Ha... elok sangat la tu emak-bapak yang buat kerja macam itu untuk anak kecik dia. Anak tu mungkin ada colic, korang tampal dengan pantiliner Avail. Apekebendenye yeop? Sebab ada menthol ya? Kasi berangin pad tu. Tapi "it is useless" untuk penyakit anak tu. Boleh jugak letak sebagai "mask" mata untuk yang penyakit katarak dan selaput... ha! dah terkentut aku ni ha sambil-sambil menaip ni. Katarak? Masalah surgeri untuk ophthalmologist yang memerlukan pembedahan penukaran kanta mata! Aiyoyo! Tak sanggup saya rasanya nak review produk sebegini. Tapi kena teruskan jugak... ini kira dah terpaksa ni. Sesetengah pengguna tu memang lurus-bendol, macam orang yang menjualnya jugak.
Boleh letak sebagai pewangi dalam kasut/peti-sejuk/almari? Apasal tak gantung aje kat leher, buat perfume? Korang ada pernah beli menatang ni tak? Bau kapor barus tengik produk ni. Ada sorang perempuan email saya, katanya dia pernah beli... tapi stop pakai kerana dia sentiasa ingatkan kematian sebab bau kapur baros tu.... hahaha! Itu baik sangat la tu, produk yang sentiasa mengingatkan kita kepada kematian, balas saya. Tapi bukan itu katanya. Dia asyik teringatkan orang yang dah mati yang dah dikapan, macam orang tu ada kat depan mata. Bau kapor barus maaaa!
Pakai pada pampers boleh elakkan kecacingan dan angin pasang? Mengelakkan kecacingan tu ada kemungkinan kut. Kalau anak tu ada cacing, cacing yang nak bersiar-siar keluar daripada anus baby tu akan masuk balik sebab ada bau tengik kapur barus tadi. Tak jadi dia nak exercise angkat weight. Tapi kalau ada angin pasang boleh semboh... memang dah melampau sungguh kelentongnya. Angin pasang itu adalah masalah surgikal dan bukan masalah medikal. Tiada ubat yang boleh diberi pada anak yang ada penyakit angin pasang (hernia) ini, kecuali kita lakukan pembedahan terhadap tempat hernia tersebut. Bayangkan pelanggan yang ada anak kecil yang ada hernia... sebab percayakan salesman Avail, dia pasang pantiliner berherba ni kat pampers anak tu. Hari berganti hari, baby tu sebenarnya perlukan rujukan kepada pakar pembedahan, tetapi sebab orang Avail cakap hernia tu boleh sembuh (kompem kecut kata Zuzana), ibu tu teruskan penggunaan pantiliner cikai tu kat pampers anak dia. Tau-tau nanti, hernia anak ni tersumbat dan bila dah kecemasan, hernia yang tersumbat ada kemungkinan boleh membawa maut jika rawatan surgeri tidak dilakukan secepatnya. Adakah salesman Avail ada yang nak bertanggungjawab pasal senario sebegini? Cuba cakap terus-terang. Jangan promosi produk sebarangan tanpa tahu pasal hal sebenar dan tanpa tahu implikasinya terhadap pengguna. Ada pengguna tu memang lurus-bendol... kalau tak ada yang lurus-bendol, macam mana produk seperti ini ada di pasaran kan? kan? kan?
Banyak perkara boleh belasah ni, berpandukan promosi gila baboon kat atas, tapi pengguna yang waras boleh menilai dengan baik... saya yakin. Tak kan pengguna boleh terima yang pad berherba Avail boleh mengurangkan sakit gigi dan gusi? Gel pad tu perlu dikeluarkan daripada pad dan dikemam dalam mulut ke apa? Kalau sakit tengkuk, pad tu dilembabkan dan dibuat macam koyok ya? Memang la ada rasa semacam sebab salah satu herba yang ada dalamnya adalah bahan menthol... peppermint menthae herb (katanya). Tapi adakah ia relevan? Pad untuk haid letak kat dahi... ha! pandai sangat la tu. 
Anda mungkin buat spekulasi bahawa berkemungkinan saya, penulis review ini yang buat cerita bukan-bukan... betul? Ini contoh yang saya boleh beri tentang apa yang salespeople Avail promosikan di facebook dan internet.
Bayangkan... ada orang nak jual produk yang disangsikan keberkesannya dengan mengatakan bahawa dia sembuh kanser rahim selepas memakai pad Avail. Dan orang yang sama juga cakap, thalassemia dia semboh apabila mengamalkan memakan produk Avail yang dipanggil "Green-fit". Thalassemia bukan jenis keturunan katanya. What the.......... I'm speechless! Thalassemia datang daripada mana tu? Planet Marikh? Ini masalah tak cukup ilmu ke atau berlebih ilmu? Ilmu kelentong. Dia cakap ketawa jangan sebarang ketawa, nanti kena pada ahli keluarga kita.... bla bla bla. Ya, ada ahli keluarga saya yang meninggal dunia disebabkan oleh barah serviks... persenda jangan sebarang persenda kak! Ada orang yang kena kanser dalam dunia ni nanti yang berharap dapat sembuh dengan produk cikai ni. Jangan sebab bzns jadi parasite sebegini... tak berkat hidup.

Anda sudah baca contoh promosi penjual produk Avail di atas, anda nilailah sendiri. Saya ingin sentuh tentang pemakaian pad berherba Avail semasa mengandung. Syarikat ini sendiri tidak menggalakkannya. Kenapa weh? (Orang lelaki yang baru akhil baligh tu jangan keluarkan soalan, "dah mengandung, buat apa pakai pad?" Dik... kengkadang kena pakai pad dik... diam-diam sudah). Mengandung itu bukan penyakit, mengandung itu adalah proses normal kehidupan seorang manusia yang dipanggil wanita. Kotex, Libresse, Intimate, Laurier, pad cap ayam... semua takde cakap statement sebegini. Semua syarikat pad tu confident produk mereka selamat untuk di pakai semasa mengandung, tapi syarikat Avail cakap... NO! NO! NO! Ada problem ke pakai pad berherba semasa mengandung? Kalau pakai, boleh gugur tak? Boleh berlaku perdarahan? Boleh keluar anak bau kapur barus? What?
Dan isu insuran RM3 juta ni apa hal? Sekali lagi... kotex, syarikat pad cap ayam, laurier.... semua takde insuran sebegini. Adakah syarikat Avail takut kepada saman pengguna bila didapati produk pad berherba ini boleh mendatangkan kesan buruk kemudian hari? Merata tempat terpampang salinan sijil insuran daripada "Mingtai Fire & Marine Insurance Co. Ltd."... ini pun nak jadikan bahan promosi. Tersasar betul strategi marketing nya ni, saya rasa. Sekarang orang yang berfikiran terbuka dan kritikal, akan berfikir bahawa produk ini mungkin ada liabiliti. Itu sebab ada insuran. Yang Avail kecohkan isu dioxin dalam pad feminin di atas, kotex tak risau apa-apa pun. Sebab dioxin memang tiada dalam pad kotex, dan syarikat itu yakin tiada isu akan timbul kemudian hari. Betul tak?
Saya ada merujuk kepada seorang doktor perubatan tentang isu ini. Dia berpendapat bahawa pad konvensional keluaran syarikat dan corporation yang besar-besar itu diyakini selamat, sebab kalau pad kotex tak selamat, memang dah lama mereka kena saman dengan "class-action lawsuit" di Amerika. Orang Amerika semua benda dia nak saman. Hobi mereka turun-temurun. "Class-action" bermaksud"In law, a class action or a representative action is a form of lawsuit in which a large group of people collectively bring a claim to court and/or in which a class of defendants is being sued. This form of collective lawsuit originated in the United States and is still predominantly a U.S. phenomenon, at least the U.S. variant of it". Faham? Kalau ada dioxin dalam pad kotex, dah lama kotex tu muflis, selepas syarikat tu bayar saman berbillion dollar kepada kerajaan U.S. dan pengguna. Dioxin bukannya perkara main-main. Biarlah Avail Beauty main-main dengan isu ini, syarikat Avail mungkin dah banyak sangat duit untuk bayar saman pengguna agaknya.
Satu lagi isu yang doktor itu timbulkan... kalau pad itu ada herba, kandungan 17 herba yang digembar-gemburkan baik untuk kesihatan itu sendiri boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Kemungkinan yang boleh berlaku adalah seperti allergi, irritasi dan toksik.... wait! toksik? Walaupun herba itu katanya bahan semulajadi, banyak bahan kimia dalam kehidupan kita ini pun bahan semulajadi juga. Kenapa ada berkecuali kalau dalam isu pad berherba Avail? 17 herba itu adalah bahan kimia semulajadi, jadi ianya sendiri boleh mendatangkan mudarat pada manusia dalam jangka-masa yang panjang. Saya tanya, boleh dapat kanser tak? Doktor tu jawab, "maybe? who knows? theoretically YES! but we have to observe for years and years". Sedangkan pad feminin yang ada di pasaran itu tiada apa-apa bahan kimia, dan disahkan tiada dioxin, dan sangat murah... anda pengguna, sanggupkah anda kena kelentong sebegini rupa? 


Konklusi:
Promosi produk dengan mewar-warkan masalah yang tak wujud. Promosi produk dengan sains perubatan yang tidak wujud. Promosi produk yang ada kesangsian dalam isu keselamatan. 


Sejarah Avail Beauty
Sedikit maklumat tentang sejarah syarikat Avail Beauty Sdn Bhd..... ntah, aku pun tahu sangat. Aku tak join syarikat MLM ni. Aku pun alergik pada MLM dan skim piramid ni tahan gaban. Tahap cipan pun... ya jugak. Korang pun tahu kan? Ikut ceritanya syarikat ni wujud daripada tahun 2004 lagi, yang pada asalnya buat SLM aje. Single-level marketing, direct to reseller macam farmasi dan supermarket, dan terus ke pelanggan. Bzns tak naik beb. Aku ada pergi 2-3 farmasi nak tanya pasal pad berherba FC Biosanitary Pad ni. Satu farmasi tu, awekz yang layan aku tengok aku len macam aje, bila aku tanya produk ni ada tak. Yang dia tak tahu-menahu tu satu, tapi aku rasa matanya yang ayu yang menenung aku tu, macam musykil memikirkan kenapa aku cari produk yang tak wujud. Mungkin dia ingat aku psycho. Aku tak kesah kalau dia ingat aku psycho, sebab kengkadang aku sendiri ingat aku ni psycho.... tapi takut jugak kalau dia fikir aku ni pervert. Ataupun dia ingat aku nak tampal pad kat dahi ke... buat pakai sebab ada buasir ke, buat pewangi almari ke... eh! kat mana topik perbincangan aku tadi?
Oh ya... aku pergi satu lagi farmasi, pompuan Cina tu baik dengan aku, jadi jenuh dia memikirkan apa produknya. Last last, dia tanya boss dia... boss nya ingat dia pernah bzns dgn Avail 5-6 tahun lepas, tapi dia stop order mende nya sebab pad herba tu naik berhabuk tak laku-laku. Takde orang nak beli. Pengguna lebih suka pad biasa-biasa aje, murah pun murah... dan takde isu pad bau kapur barus pun. Sapa yang tak tahu berkenaan pad kotex, stayfree, laurier, intimate dan lain-lain tu pun? Mungkin aku la kut yang tak tahu... aku bukan tahu sangat pasal pad pompuan ni, sampai ini la baru aku tahu apa-apa pasal pad feminin, bila aku buat research pasal pad Avail ni... haaiiish!
OK... Avail Beauty Sdn Bhd. asalnya SLM aje, dan dipelopori oleh orang berbangsa Cina, dan semua brochure nya pun bertulis Cina. Kemudian, berubah kepada MLM selepas tahun 2005... bzns terus mencadak naik abang-abang, kakak-kakak semua. MLM kan special? Digandingkan pulak dengan direct-selling... a potent mix in business! Direct-selling... pegi rumah org, ayat kakak atau makcik tu sungguh-sungguh, pujuk-pujuk, puji-puji pokok kaktus dia tu cantik, minum 2-3 cawan kopi pekat, abiskan biskut Marie sepinggan... buat macam rumah sendiri, sampai la pelanggan tu give-up. "Meh sini, akak nak 2 kotak!" Bzns ON baby!
Dan MLM pulak... sapa join dulu mesti kaya punya. That is MLM in a nutshell. Kumpul downline banyak-banyak, pastu downline tu cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline, cari downline... bila mo abis downline daaa? Dan setiap downline cari kakak-kakak, adik-adik yang pompuan untuk di ayat. Baru kow! Anda lihat di bawah ni, pictures and cold hard facts don't lie. Do you see what I see? Betul ni, nampak apa yang saya nampak tak? Banyaknya warna kulit sawo-matang ye? Maknanya, pelanggannya kaler apa pulak?
 

OK... saya dah perkenalkan sedikit maklumat tentang syarikat Avail Beauty Sdn Bhd, mari kita lihat isu yang tersembunyi di sebalik huru-hara ini semua. Kenapa kecoh sangat pasal dioxin, pasal kain kapas, pasal specialnya kalau pad Avail ni ada herba, pasal pad ajaib boleh yang mengelakkan penyakit, pasal pad yang boleh buat ubat sakit gigi. Apekehenye yeop? Anda semua tak tertanya-tanya ke kenapa banyak sangat isu yang ditimbulkan dalam promosi produk pad feminin ini? Saya tahu anda semua sudah besar panjang, dan sudah start beli pad untuk kegunaan sendiri di supermarket, dan ada yang sudah dipaksa beli pad untuk pasangan yang mengadu tengah migraine... "tak larat la bang! abang aje la belikan!" Anda semua telah matang dan boleh buat telahan sendiri kan? Anda pasti tidak suka kalau ada orang yang cuba mengelentong anda, betul? Kepada yang masih musykil juga, sila lihat gambar di bawah. Isunya yang utama adalah HARGA! 

Bagaimana kalau sesebuah syarikat yang mengamalkan sistem perniagaan cara MLM, dengan satu produk yang sangat "common" dan boleh didapati di mana-mana, tetapi perlukan profit-margin yang tinggi, supaya CEO, CFO, HOM, HOR, Crown Manager, Diamond Manager dan semua distributor boleh mengaut keuntungan yang besar? Mesti jual produk itu dengan harga yang mahal kan? Supaya CEO dan CFO boleh bawak S-Class, Diamond Manager boleh pakai 325i dan Distributor boleh pakai Wish. You get me? MLM tu bertingkat-tingkat, everyone wants a piece of the pie. Kalau pad Avail tu harga RM4.00, mana boleh support semua orang beb? Jadi macamana nak kasi harga tu mahal? Buat produk yang digembar-gemburkan "out of this world".... macam produk keramat gitu.... boom! jual RM12.00. Dan pastikan kilangnya di mainland China, jangan buat kilang di Malaysia. Ini dunia bzns alaf baru, buat apa nak tolong orang Malaysia? Sekarang semua isu globalisasi dan cost-cutting. Bagi aje peluang pekerjaan tu di China sana... pasti untung berlipat-ganda kalau jual barang tu kat Malaysia ni! 
Jadi, itulah ceritanya bagaimana isu dioxin tadi perlu dicanangkan di sekeliling kampong. Itu sebab ada 17 jenis herba dalam pad tu, yang mana herba itu kalau ada ke, tak ada ke... sama aje kak. Bukannya dia boleh masuk dalam badan wanita pun. Memang tak ada faedah apa-apa. Kasi iritasi dan bau kapur barus boleh la. Itu juga sebab isu kain kapas keluar, sedangkan semua orang yang ada ilmu sains walau pun sedikit boleh dapat google maklumat bahawa kain kapas ke, kain kertas ke.... semua tak ada dioxin. Macam la syarikat besar-besar tu semua saja-saja kasi dioxin pada masyarakat. Isu pertama, dia orang sendiri takut kena saman, tapi orang omputeh kotex, laurier, libresse tu pun manusia jugak kan? Jarang manusia tu nak menganiaya orang-ramai di seluruh dunia disebabkan keuntungan wang-ringgit. Eh! Iya ka? Uuuiiikkkk!  

Aahhhh! The reality of MLM
Aidid Mu'addib - your friendly neighbourhood antiMLM man



Rujukan:
  1. http://www.niehs.nih.gov/health/topics/agents/dioxins/
  2. http://www.unsolvedmysteries.oregonstate.edu/flow_02
  3. http://www.epa.gov/ncea/pdfs/dioxin/nas-review/
  4. http://www.gascape.org/index%20/Health%20effects%20of%20Dioxins.html
  5. http://www.who.int/ipcs/publications/en/exe-sum-final.pdf
  6. http://ec.europa.eu/environment/dioxin/pdf/task6.pdf
  7. http://www8.nationalacademies.org/cp/projectview.aspx?key=103
  8. http://www-dep.iarc.fr/
  9. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1240907/?tool=pmcentrez
  10. http://www.jstage.jst.go.jp/article/jmi/52/1,2/52_10/_article
  11. http://www.jstor.org/pss/3434328
  12. http://www.kotexfits.com/faqs/menstruation/
  13. http://www.kotex.com/NA/articles-info
  14. http://ntp.niehs.nih.gov/index.cfm?objectid=03C9B512-ACF8-C1F3-ADBA53CAE848F635
  15. http://www.ejnet.org/dioxin/
  16. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs225/en/
  17. http://www.facebook.com/pages/Penipuan-Avail-Beauty-Sdn-Bhd-Kepada-Pengguna/148287301878959
  18. http://www.facebook.com/pages/Koleksi-Maklumat-anti-MLM-Skim-Piramid-oleh-Aidid-Muaddib/156116464408971
  19. http://www.facebook.com/pages/Say-No-To-MLM/154618694571313




<Di bawah ini ada isu bersangkutan, tapi untuk di lain hari pulak ya?>

Seperti yang terpampang dalam gambar yang teratas sebelum ini, syarikat Avail Beauty Sdn. Bhd. juga mempunyai produk kesihatan lain. Tapi itu semua, lain kali saya kupas ya? Dah letih menulis ni, korang pun dah letih membaca kan? Nantilah saya sambung kemudian hari... kalau panjang umur... atau kalau takde assassin atau samseng upahan Avail cari saya. Setakat ini saya ada yang ini aje...



Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada orang Islam yang membaca artikel kajian saya ini, berfikirlah dengan waras dan hati terbuka. Apa yang saya paparkan adalah hasil kajian dan rujukan yang benar dan berilmiah. Kepada pembeli - Jangan beli benda yang lagha. Tak dapat menang memakai pun. Kepada penjual - Janganlah jual benda lagha. Nanti banyak kena jawab di padang yang luas dan panas itu.

  
  
elooo... dah ada orang Avail datang kasi komen ke? Dey... aku buat artikel pendedahan dan penerangan pasal penipuan la dey, apahal cakap aku dengki? Dah tu takde modal lain, cakap yang aku buat MLM or whatever... haaarrggk ptuuii MLM! apebendenye beb? Macam la aku kesah kalau ko suka makan duit haram... macam la "the world revolves around monkeys...." Ini isu pengguna bang, ini isu right-and-wrong. Apa... susah sket nak paham ke apa bang?

Dan pulak... kat mana rujukan USEPA, NIEHS dan Universiti Oregon tu yang kajian santai bang? Fakta sains nya dangkal ke... atau orang yang bacanya tu yang dangkal sungguh otaknya? Tak faham isu sains langsung? Jangan keliru dan mengelirukan orang lain pulak - hanya penulis artikel yang santai, tapi data dan rujukannya solid... ko faham tak isu-isu sains neh? Lepas tu, tak payah la kritis kat sini... bagi aje la rujukan syarikat Avail Beauty... kat mana dia orang buat kajian tentang keberkesanan herba magic tu. Tak payah dolak-dalik... kasi aje link nya. Meh kita baca sama-sama...

Oh ya... pihak berkuasa mana yang nak buat tangkapan tu? Clown city? Nak tangkap Aidid Mu'addib sebab dia mendedahkan penipuan syarikat komersial - gitu? Atau pun nak tangkap burung puyuh kat sawah ke bang? Tapi takpe... silakan buat laporan dan tangkapan sekali... dan jangan lupa saman ya... WE ALL NEED THE PUBLICITY! (I had said it before, and I'm saying it again... these avail monkeys are not too bright... huh?).

Ini particulars penulis blog: Muhd Aidid B. Muhd Addib, I/C 730721-02-4571, 23 Kampong Lanchok Air Mat, Pokok Sena 06400 Kedah Darul Aman. Cepat sket... aku tak suka lambat-lambat. Straight to the point, OK bang? Jangan fitnah-fitnah... chek tak s'ka.